(Buku Fixi)
Pada saat novel ini siap diter-bitkan, Syaihan Syafiq merasakan bahawa beliau sedang mengalami ‘quarterlife crisis’ kerana masih lagi tercari-cari identiti diri dan belum menemui kerjaya yang sesuai dengan dirinya di samping masih lagi mencuba untuk merawat ketagihan kopi dan obsesi terhadap kucing yang separa serius. Penulis kini menetap sepenuhnya di Pulau Pinang, namun sering dilihat berkeliaran tanpa hala-tuju di bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan yang sama waktu dengannya. Penulis gemar meninggalkan ocehannya di ngomelsikit.blogspot.com dan @shandye. Mohon tegurlah penulis dan sogoklah beliau dengan secangkir kopi dan sepiring donut kerana beliau sering lapar tanpa bersebab.