Pahlawan Abuja yang memburu Kuara semakin hampir menjejakinya di bumi. Justeru, Qalif masih perlu menahan dirinya daripada mengaktifkan Kuara meskipun kekejaman dan jenayah berkali-kali berlaku di depan matanya sendiri. Namun, sampai bilakah Qalif dapat mengelak dan berdiam diri sahaja? Adakah kuasa Kuara akan terletus juga pada saat-saat genting nanti?