Usikan Rindu

· Alaf 21
5.0
3 opiniones
Libro electrónico
474
Páginas
Las calificaciones y opiniones no están verificadas. Más información

Acerca de este libro electrónico

KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. 

Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu! Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang.

Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan. Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan taringnya. Normala sedih bukan kepalang. Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati siapalah yang tahu...

Calificaciones y opiniones

5.0
3 opiniones

Califica este libro electrónico

Cuéntanos lo que piensas.

Información de lectura

Smartphones y tablets
Instala la app de Google Play Libros para Android y iPad/iPhone. Como se sincroniza de manera automática con tu cuenta, te permite leer en línea o sin conexión en cualquier lugar.
Laptops y computadoras
Para escuchar audiolibros adquiridos en Google Play, usa el navegador web de tu computadora.
Lectores electrónicos y otros dispositivos
Para leer en dispositivos de tinta electrónica, como los lectores de libros electrónicos Kobo, deberás descargar un archivo y transferirlo a tu dispositivo. Sigue las instrucciones detalladas que aparecen en el Centro de ayuda para transferir los archivos a lectores de libros electrónicos compatibles.