Buku ini menghimpunkan 111 persoalan dan isu utama berkaitan solat jamak dan qasar yang ditulis dan dipersembahkan khusus bagi menjawab kemusykilan anda berkaitan tatacara serta hukum-hakam dalam perlaksanaan solat jamak dan qasar. Ia dipersembahkan semula dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan masyarakat Islam memahaminya supaya mereka dapat melaksanakan solat jamak dan qasar dengan menepati tatacara perlaksanaannya seperti yang telah digariskan oleh para ulama di dalam kitab-kitab mereka.
Buku ini membincangkan secara halus hampir keseluruhan isu dan kemusykilan berkaitan solat jamak dan qasar. Ia dihasilkan dengan merujuk kepada huraian para ulama Islam di dalam kitab-kitab fiqh sama ada kitab klasik atau moden khususnya dalam mazhab Syafie sebagai mazhab dan pegangan asas masyarakat Islam di Malaysia, di samping dimasukkan juga pendapat-pendapat dalam mazhab lain jika memerlukan.
Di samping membincangkan hukum-hakam berkaitan solat jamak dan qasar, di dalam buku ini juga diselitkan sedikit kartun yang menarik sebagai selingan untuk merehatkan minda dan menghiburkan pembaca dari kejemuan membaca teks atau bahan yang bersifat ilmiah.
Versi Digital melalui saluran Google Play Store & Play Books ini merupakan PREVIU Buku 111 Soal Jawab berkaitan solat Jamak & Qasar. Untuk memiliki dan mendapatkan naskhah penuh buku ini boleh menghubungi: +60148155139 (Ust Zul) & +60193642314 (Ust Azhar)
Penerbitan PREVIU Buku 111 Soal Jawab berkaitan solat Jamak & Qasar versi Digital melalui saluran Google Play Store & Google Play Books ini merupakan koloborasi bersama antara penulis buku ini iaitu Ustaz Zulkarnain bin Dollah dan Ustaz Azhar bin Yahya Al-Batawi, penerbit buku fizikal; KUIZM Publication dan penerbit versi digital; Indeepreneur (www.indeepreneur.com) yang merupakan syarikat keusahawanan teknologi maklumat yang sedang mencipta nama.