Wizra

· Penerbit-X
4.6
9 opiniones
Libro electrónico
552
Páginas
Las calificaciones y opiniones no están verificadas. Más información

Acerca de este libro electrónico

 Sebuah negara kota jauh ke utara Aurora, yang diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra. Dan kini menjadi pertaruhan, dalam pertempuran seru antara tentera Nashan pimpinan Mori, kesatria utusan Artakus, Lodra Perang Aurora, menentang gerombolan reneger Sursis, panglima adi dan pahlawan yang tidak terkalahkan dari Gunung Utara.

Kebijaksanaan Melyn dan firasat Merkia, magia adi yang menguasai Jalan Telus, menyaksikan kemunculan Spiara Bulwar, senjata legenda yang menakluki naga dan monstra. Demi menumbangkan Sursis, yang tidak mempunyai tandingan di medan perang.

Namun segala-galanya bermula sebelum itu, pada zaman yang sudah berlalu, sewaktu Imru memerintah Aurora dari Toar Tirana dan Orde Karmawizra masih gemilang di Toar Nebula. Dengan seorang perantis bernama Nazril, yang satu hari nanti bakal memegang sutaf Helang Siluman, menjadi wizra gelanggang angin dan bayang. Perjuangannya bakal menggegar Takhta Bayang di Toar Magzul, mencabar
penguasaan para morduwizra dan empayar Morrok, sehingga detik kemunculan Artakus.

Dan dia paling terkenal, dengan hanya satu gelaran.

Wizra.

Calificaciones y opiniones

4.6
9 opiniones

Acerca del autor

Ahmad Patria Abdullah, dilahirkan pada 26 Mei 1968 merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara, Dato’ Abdullah Hussain. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, dari tahun 1975 hingga tahun 1980. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, Pahang. Pada tahun 1988, beliau diterima masuk ke Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia dan menamatkan pengajian pada tahun 1992.

Beliau mula dikenali dengan siri novel fantasi Saga Artakusiad, di mana beliau disebut sebagai pelopor kepada sastera fantasi di negara ini. Novel pertama beliau, Permata Aurorius, buku pertama dalam siri fantasi Saga Artakusiad diterbitkan pada 1987 sewaktu beliau berumur 17 tahun. Lebih membanggakan, novel ini terpilih memenangi anugerah Book of the Year oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan pada tahun yang sama. Datoʼ Johan Jaafar dalam temu ramahnya dalam akhbar Berita Harian menyifatkanPermata Aurorius sebagai novel fantasi terbaik pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu. 

Califica este libro electrónico

Cuéntanos lo que piensas.

Información de lectura

Smartphones y tablets
Instala la app de Google Play Libros para Android y iPad/iPhone. Como se sincroniza de manera automática con tu cuenta, te permite leer en línea o sin conexión en cualquier lugar.
Laptops y computadoras
Para escuchar audiolibros adquiridos en Google Play, usa el navegador web de tu computadora.
Lectores electrónicos y otros dispositivos
Para leer en dispositivos de tinta electrónica, como los lectores de libros electrónicos Kobo, deberás descargar un archivo y transferirlo a tu dispositivo. Sigue las instrucciones detalladas que aparecen en el Centro de ayuda para transferir los archivos a lectores de libros electrónicos compatibles.