Young Aisyah: Rombongan Sekolah

· PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
4.9
16 則評論
電子書
176
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

 Murid-murid darjah 4 Anggerik terkejut apabila Cikgu Abdul Rahman mengumumkan bahawa sekolah akan mengadakan rombongan pada musim cuti akan datang. Masing-masing ada yang teruja dan ada juga yang bimbang.

Aisyah Sofia gembira, namun dia bimbang umi dan ayahnya tidak mengizinkan. Tambahan pula, dia tidak pernah mengikuti apa-apa rombongan sekolah dan berjauhan daripada keluarganya..

Semasa berada di tempat percutian, pelbagai kerenah dan gelagat kawan-kawan Aisyah Sofia yang mencuit hati.

Ke manakah Cikgu Rahman akan membawa mereka bercuti?Adakah mereka dapat mengikuti rombongan itu?

評分和評論

4.9
16 則評論

關於作者

Saridah Hamid

 Saridah Hamid adalah anak jati Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 9 Februari 1964. Bersekolah rendah di SR Jalan Bangsar, SM Sri Pantai, Kerinchi, KL dan Sek. Men. Methodist Boys School, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan terakhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Media dan Komunikasi Massa (Kewartawanan). Pernah bertugas sebagai wartawan majalah dan akhbar tabloid. Juga terlibat sebagai penolong penerbit, Unit Ehwal Semasa TV, RTM. Kini bekerja secara bebas sebagai editor.

Mula menulis sejak 1990 dalam menghasilkan artikel, rencana, wawancara, puisi, cerpen dan juga skrip program TV. Pernah menghasilkan buku adaptasi yang bertajuk, Selembut BicaraBahtera Nabi Nuhdan 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga bersama PTS Islamika.

Reja

Reja, bukan satu nama yang asing bagi peminat Komik-M. Beliau mula berkecimpung dalam bidang komik secara serius pada tahun 2008 apabila terbitnya komik sulung beliau berjudul Shootz! bersama Komik-M.  Semenjak itu, graduan ijazah Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak menoleh ke belakang lagi. Selain meneruskan penghasilan siri komik Shootz!, beliau turut menghasilkan siri nomik (novel + komik) yang popular iaitu Young Aisyah. Siri ini dilesen dan diterbitkan di negara jiran, Indonesia. Menerusi karya-karyanya ini, Reja pernah beberapa kali disenaraikan sebagai finalis dalam Anugerah PeKomik Malaysia. Kini, Reja menjadi pelukis komik sepenuh masa di samping aktif mengendalikan bengkel melukis komik anjuran Komik-M di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。