Hiduplah Untuk Hari Ini: Mencari Ketenangan Di Celah Kegelisahan

Iman Publication Sdn Bhd
4.7
6 reviews
Ebook
454
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Sedih, risau, kecewa, gelisah.


Mungkin ada di antara kita yang dibelenggu kesilapan lalu sehingga menyalahkan diri sendiri, ataupun resah memikirkan hari esok yang belum pasti.


Hakikatnya, kita tidak boleh mengelak daripada melalui episod kegelisahan dalam hidup kita. Masa lalu tidak boleh diubah, masa hadapan pula tidak boleh diramal. Namun, kita masih memiliki hari ini untuk ditempuhi dengan lebih baik dan meraih ketenangan dalam hidup kita.


Melalui buku ini, Muhammad Al-Ghazali menawarkan solusi bagi mendepani masalah yang sering mengganggu kehidupan kita mengikut panduan al-Quran dan hadis. Antaranya termasuklah memperbetulkan salah faham kita tentang konsep sabar, takdir dan tawakal dalam Islam; bagaimana berhadapan dengan kritikan dan fitnah manusia; dan juga cara menguruskan emosi dengan lebih baik.


Hiduplah Untuk Hari Ini bukan sekadar laungan slogan kehidupan, tetapi suatu seruan berasas dan praktikal - menjadikan buku ini relevan untuk semua.

Ratings and reviews

4.7
6 reviews

About the author

Syeikh Muhammad al-Ghazali adalah seorang ulama dan ilmuwan Mesir, lahir pada 1917. Bapanya menamakan beliau daripada inspirasi nama Imam al-Ghazali (Abu Hamid al-Ghazali) yang hidup pada kurun ke-11 Masihi. Seorang yang sangat akrab dengan al-Quran, beliau selesai menghafalnya sejak berumur 10 tahun. Setelah tamat pengajian di peringkat asas, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Universiti al-Azhar pada tahun 1937 dalam bidang Usuluddin. Setelah tamat pengajian di al-Azhar pada tahun 1941, beliau memperolehi al-Darajah al-'Alimiah (Sijil Kepakaran) dalam pengkhususan al-Da'wah wa al-Irsyad (Dakwah) pada tahun 1943 seawal usia 26 tahun. Beliau mula aktif menulis pada tahun ketiga pengajiannya iaitu melalui artikel-artikel yang diterbitkan dalam majalah-majalah terbitan Ikhwanul Muslimin. Hasan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin ialah individu yang banyak mempengaruhinya untuk aktif dalam bidang penulisan. Beliau terkenal dengan jolokan Adib al-Da'wah al-Tha-ir (sasterawan pendakwah yang berpengaruh) lewat artikel tulisan beliau yang berjudul Anta Musy Rabbina (Engkau Bukan Tuhan Kami) yang mengkritik pemerintahan Presiden Mesir, Husni Mubarak. Beliau wafat pada 1996.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.