Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad

·
Indeepreneur
4.5
124 reviews
Ebook
34
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Saringan oleh: Darulkautsar.net
Artikel asal oleh: Maulana Muhammad Asri Yusoff

Banyak sekali terdapat dalam kitab-kitab tasauf, sirah dan maulid kenyataan yang menunjukkan bahawa kejadian pertama alam semesta ini adalah Nur Muhammad. Kenyataan seperti ini telah menimbulkan banyak pula fahaman-fahaman lain berhubung dengan Rasulullah s.a.w seperti Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai bayang, tergila-gilanya perempuan-perempuan kepada ayahanda Nabi s.a.w. ketika Nur Muhammad dikatakan memancar di dahinya sampai membawa mereka mati dan sebagainya.

Ia juga mendekatkan kepada konsep “Nur Panjthan” (yang bermaksud, Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta selama 50,000 tahun mengikut ajaran Syiah. Ia juga merupakan punca kesesatan golongan Barelwi yang mempercayai bahawa Nabi Muhammad bukannya seorang manusia biasa dari segi kejadian asalnya tetapi kejadiannya berbeza dari yang lain kerana ia adalah Nur yang terpancar daripada nur Allah. Untuk ini banyak sekali ayat-ayat Al-Quran ditakwilkan dengan sewenang-wenangnya dan banyak pula hadis-hadis yang sahih diketepikan atau diabaikan langsung.

Walaupun pengarang kitab-kitab sirah dan maulid dan juga pengarang-pengarang kitab-kitab tasauf itu mengemukakan riwayat tentang Nur Muhammad tetapi tidak pula mereka menyatakan sanadnya, di samping tidak diketahui langsung punca-puncanya yang boleh dipertanggungjawabkan. Kalaupun ada, hanya satu hadis yang dikatakan telah dikemukakan oleh Abdul Razak dalam “Musannaf”nya, InsyaAllah akan dibahaskan kemudian. Tetapi anehnya banyak lagi perincian yang tidak terdapat di dalam hadis Abdul Razak itu tentang Nur Muhammad dapat kita lihat dalam riwayat-riwayat yang dikemukakan mereka. Sebagai contohnya, dapat kita lihat pada muka surat pertama lagi daripada kitab “Madariju As-Suud” karangan Muhammad Nawawi Bantan, syarah kepada kitab Maulid Nabawi karangan Syed Jaafar yang lebih dikenali sebagai “Al-Barzanji”. Kitab tersebut dibuka dengan puji-pujian kepada Allah yang telah memulakan wujud ini dengan Nur Muhammad yang meresap dalam segala perkara yang ditakdirkan Allah sebelum diciptanNya langit dan bumi selama 50,000 tahun.

Ratings and reviews

4.5
124 reviews
Isra Rawaisi
July 25, 2023
MasyaAllah 👍 semoga buku ini bisa menjadi pencerahan untuk ulama di Indonesia. karna satu keyakinan yang tidak selamat di akhir zaman, bisa jadi karna paham ilmu yang menyimpang.
Did you find this helpful?
Pinero San
July 20, 2023
buku wahabi bangang
Did you find this helpful?
Harman
March 11, 2023
alhamdullillah sangat luas kebaikan buat saya serta keluarga...
Did you find this helpful?

About the author

Penerbitan Buku Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad versi Digital melalui saluran Google Play Store & Google Play Books ini merupakan koloborasi bersama antara penyaring tulisan ini iaitu Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kautsar (www.darulkautsar.net) dan syarikat Indeepreneur (www.indeepreneur.com) yang merupakan syarikat keusahawanan teknologi maklumat yang sedang mencipta nama.  

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.