Lama sudah kenal secara online.
Untuk kali pertama mereka bertemu
Seorang mati bunuh diri selepas itu
Ataupun ada konspirasi yang mereka tidak tahu.
Nisan siapa bakal diukir lagi?
Ingatan semakin hilang setiap hari
Tidur dipenuhi dengan mimpi ngeri
Ini semua ilusi ataupun realiti?
(Buku Fixi)
Sewaktu Adib Zaini kecil, dia menyangkakan dirinya Superman apabila dia sakit perut akibat makan gula-gula berwarna hijau yang disangkakannya kryptonite. Selepas dia bijak sedikit, dia sedari dia hanyalah manusia biasa. Sejak daripada itu, dia mula sedar yang dunia realiti ini membosankan. Maka dia mula mencipta dunia-dunia lain di dalam mindanya. Kini dia kongsikan imaginasinya dalam bentuk novel dan filem. Ilusaniti adalah imaginasi keduanya yang dikongsikan dalam bentuk novel.