Buku ini memuatkan maklumat ringkas tentang genre pantun, gurindam, syair dan soneta. Setiap genre diberikan contoh-contoh sama ada oleh pengarang lain atau saya sendiri dan disediakan ruang untuk penciptaan karya. Bagi genre pantun, maklumat diberikan agak terperinci, iaitu meliputi pengenalan, kajian terhadap pantun, pantun terjemahan dan penciptaan pantun empat kerat dan pantun berkait. Bagi genre gurindam, maklumat ringkas tentang gurindam diberikan dan disertakan huraian makna “Gurindam Dua Belas” karangan Raja Ali Haji.
Penulis berharap buku itu boleh menjadi modul untuk apresiasi dan penciptaan genre pantun, gurindam, syair dan soneta. Dengan terhasilnya pelbagai puisi Melayu tradisional dan soneta, maka akan bertambahlah khazanah karya sastera Melayu buat tatapan dan kajian generasi akan dating.