Buku ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis yang terlibat secara langsung dalam penulisan dan apresiasi serta penciptaan puisi siber. Kandungan buku ini merupakan panduan praktikal penciptaan puisi, penjelasan tentang proses kreatif dan apresiasi penciptaan puisi.
Dalam bab apresiasi penciptaan puisi, kumpulan tulisan hasil penelitian puisi dan soneta siber terpilih yang diterbitkan dalam jurnal elektronik E-Sastera.com (kini eSastera2u.com) dijadikan bahan kajian. Selain teori tentang binaan unsur dalam puisi, proses penciptaan puisi, dan apresiasi puisi siber, buku ini juga menyediakan praktikal mudah menggunakan pendekatan FIRM. Pendekatan ini telah digunakan dalam kalangan pelajar universiti, khasnya UUM dan di luar universiti. Penerbitan buku ini diharap bermanfaat untuk para pelajar, pengkaji, penulis dan peminat sastera khasnya puisi siber.