Di Mana Terangnya Bulan

Β· PTS Litera Utama
5,0
3 recenzije
E-knjiga
352
Stranica
Ocene i recenzije nisu verifikovane Β Saznajte viΕ‘e

O ovoj e-knjizi

Kisah pengajian tinggi pada masa hadapan. Pada waktu itu, yuran pengajian perlu dibayar lumpsump bagi seluruh tahun pengajian. Pada waktu itu pelajar juga semakin ramai cemerlang dan perlu bersaing. Kolej-kolej baru juga banyak yang dibina termasuk sebuah kolej baru yang dibina di Sarawak 'Kolej Melayu Tinggi' yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dijadikan cerita, Kamarul seorang yang lurus bendul dan takut dengan perempuan, antara mereka layak menyambung pelajaran di KMT. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.

Pada suatu hari teman serumahnya hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap di rumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.

Ocene i recenzije

5,0
3 recenzije

O autoru

Β Nama sebenarnya Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri. Beliau berasal daripada Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke SMK Sadong Hilir (Semera). Selepas SPM penulis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi UPM dan seterusnya ke Bachelor Ekonomi, juga di UPM.

Penulis mula menulis secara serius bermula pada tahun 2007. Sehingga kini, sudah lebih 20 buah bukunya diterbitkan. Novel 'Doa Untuk Aku' sudah diadaptasi menjadi drama televisyen.Β 

Beliau memilih gaya penulisan yang sederhana dan mudah bagi difahami oleh pembaca. Genre yang senang beliau uliti adalah genre berkenaan kehidupan manusia-manusia kecil. Antara kelebihan penulis, beliau mampu mengangkat tema-tema kecil menjadi sesuatu yang sangat dalam dan membuatkan pembaca terfikir-fikir. Gaya bahasanya walaupun mudah dan sederhana, tetapi lenggoknya memberikan rantaian keindahan apabila dibaca. Ia mempunyai magis yang tersendiri, sesuatu yang jarang dimiliki oleh penulis Malaysia.

Beliau sekarang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia. Di samping menulis buku, beliau juga adalah seorang bapa kepada dua orang puteri (setakat artikel ini ditulis), juga sering dijemput menjadi penceramah penulisan kepada remaja.

Ocenite ovu e-knjigu

Javite nam svoje miΕ‘ljenje.

Informacije o čitanju

Pametni telefoni i tableti
Instalirajte aplikaciju Google Play knjige za Android i iPad/iPhone. Automatski se sinhronizuje sa nalogom i omogućava vam da čitate onlajn i oflajn gde god da se nalazite.
Laptopovi i računari
Možete da sluőate audio-knjige kupljene na Google Play-u pomoću veb-pregledača na računaru.
E-čitači i drugi ureΔ‘aji
Da biste čitali na ureΔ‘ajima koje koriste e-mastilo, kao Ε‘to su Kobo e-čitači, treba da preuzmete fajl i prenesete ga na ureΔ‘aj. Pratite detaljna uputstva iz centra za pomoć da biste preneli fajlove u podrΕΎane e-čitače.