Masihkah Ada Rasa Itu?

The Chapter Bookstore
5.0
39 reviews
Ebook
111
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Erik Martin tidak menyangka Dhea Andara, tunangnya yang lari dari malam pernikahan dia orang... Muncul di depan matanya selepas lima tahun menghilangkan diri. Lagi tak sangka bila...

“Kaki dia kan...”

“Awat dengan kaki dia?”

“Kudung... Dua-dua belah.”

Tapi bagi Erik Martin, Dhea Andara tetap sempurna. Yalah, segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya dan sekurus-kurus ikan pun pasti ada dagingnya. Masalahnya, Dhea Andara... Masihkah dia ada rasa itu? Bagi Erik Martin, kalau terbakar boleh panggil Bomba tapi kalau masih ada rasa... Pertahankan!

“Setakat ini, saya pertahankan apa yang buat saya bahagia... Selebihnya saya tak peduli!”

Kerana yang mencipta tahu apa yang terbaik untuk ciptaan-Nya.

Ratings and reviews

5.0
39 reviews
Madon Mohd Jani
October 4, 2024
Sekali lagi Syamnuriezmil berjaya menghasilkan satu kisah yang agak berat tapi santai penceritaannya. Kehidupan sebagai ahli bomba memang kelihatannya serius penuh ketegangan, namun penulis ini berjaya mencungkil dan menggambarkan suasana 'relaxed' di sisi sebelahnya. Penyelidikan penulis tentang tugas dan kehidupan anggota bomba memang patut dihargai. "Mana mau lari?", mungkin pertanyaan sinis yang sesuai untuk Dr. Dara. Kalau dah jodoh... tak ke mana, ye tak? Dan untuk arwah Hawa, pengorbanan mu amat dihargai... Terima kasih Syamnuriezmil kerana saya dapat karya anda ini FOC dan Selamat Hari Lahir...
Did you find this helpful?
Sha Mslvoe
October 4, 2024
Kalau tak gelak baca karya Syamnuriezmil memang tak sah! Erik kena tinggal masa nak nikah, tup² jumpa balik dengan tunang lama. Teringatlah balik kisah² dengan Dara. Tapi Dara tu dah kudung kaki.. Erik kata dia patut susah senang bersama dengan Dara. Dara ni jual mahal sebab dia tahu kekurangannya. Bila Hawa selamatkan Erik, barulah depa tahu housemate Hawa si Dara. Mati² ingat Erik dengan Hawa. Yelah sebab Erik kan Adam, mentor si Hawa. Tak sangka pulak ada plot twist yang Hawa plan. Overall of courselah best. Takleh belah pasang khemah depan rumah Dara sebab takut pisang berbuah 2 kali 😅
Did you find this helpful?
Farah Hann
October 4, 2024
tahniah acik. cerita acik tak pernah tak best. segala perisa cukup. effort acik cari info psl bomba memg 1st class. ilmu percuma utk reader semua. nk teriak plak dok teringat kt akak sendiri bila baca dara kena cancer. alhamdulillah finally bersama juaa. kalau dh jodoh. yeayyy!
Did you find this helpful?

About the author

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.