Pemimpin sekolah perlu bijak untuk membuat keputusan, menyusun strategi, dan berhemah dalam membentuk budaya korporat sekolah. Semua elemen ini memerlukan pemimpin sekolah yang berketerampilan bagi mengurus kualiti sekolah. Negara menaruh harapan yang tinggi kepada sekolah untuk melahirkan insan cerdik pandai dan berakhlak mulia bagi menyediakan anak muda meneruskan pendidikan di kolej dan di universiti seterusnya ke pasaran tenaga kerja bagi membangunkan negara.