Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kompetensi emosi guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta dengan efikasi kendiri. Wujud perbezaan yang signifikan antara faktor umur dan pengalaman mengajar ke atas guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta. Jelas, hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi emosi memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap efikasi kendiri dalam kalangan guru prasekolah kebangsaan dan guru prasekolah swasta di Malaysia.
http://uumpress.uum.edu.my/