Hidup Tenang Walaupun Berhutang

· PTS Professional
4.3
89 件のレビュー
電子書籍
177
ページ
評価とレビューは確認済みではありません 詳細

この電子書籍について

 Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang (HTWB) merupakan sebuah buku panduan pengurusan kewangan yang bermutu. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama merupakan naratif kegagalan pengurusan kewangan peribadi seorang pemuda bernama Kamarul. Penulis buku HTWB menggunakan kreativiti penceritaan untuk menerangkan pergelutan diri Kamarul menghadapi hutang.

Manakala bahagian kedua memuatkan senario berhutang yang biasa berlaku. Bahagian kedua mengandungi lima bab (2 hingga 6) yang menghuraikan beberapa perkara. Antaranya ialah keadaan orang yang berhutang, faktor penolak orang yang berhutang, jenis pinjaman, kegagalan melangsaikan hutang serta pengurusan kewangan secara bijaksana. Bahagian kedua mengajak pembaca merancang kewangan keluarga, pinjaman bank dan pelan-pelan pengurusan wang yang berkesan.

Setelah disebutkan senario hutang yang biasa, penulis mamuatkan pula penyelesaian yang boleh diguna pakai. Hal ini termasuklah menguruskan pembayaran pinjaman tanpa dikenakan sebarang faedah. Orang yang berhutang hanya perlu membayar hutang mengikut jumlah yang dipinjamnya sahaja. Pembaca juga ditunjukkan cara-cara menjadualkan pengurusan kewangan supaya mampu memiliki kebebasan wang yang seluas-luasnya.

Buku setebal 174 halaman ini disyorkan kepada semua golongan tanpa mengira status kewangan kerana tidak semestinya orang yang hidup mewah tidak berhutang. Ia mengandungi panduan mudah yang boleh dipraktikkan. Kehidupan yang diselubungi hutang bermaksud orang yang berhutang sentiasa bekerja mencari wang untuk membayar hutang semata-mata. Setiap detik dalam kehidupan difokuskan untuk menghapuskan hutang tanpa memperoleh keselesaan hidup selepas dia berhenti kerja/bersara.

評価とレビュー

4.3
89 件のレビュー

著者について

Shamsuddin Abdul Kadir, jurulatih atau penceramah kewangan peribadi dan motivasi kerjaya. Biarpun beliau graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau berpengalaman hebat dalam bidang kewangan, pentadbiran, pemasaran, operasi dan hartanah. Dengan segala kepakaran itu, beliau kongsikan ilmu itu kepada sesiapa sahaja melalui kursus, bengkel dan ceramah.

Maka, lahir satu teori unik yang mudah diikuti oleh semua rakyat Malaysia, sesuai bagi semua golongan. Teori ini dinamakan Teori Smart Kaya, iaitu sebuah prinsip pelonjak kekayaan yang khusus bermodalkan dengan apa sahaja yang ada di tangan.

この電子書籍を評価する

ご感想をお聞かせください。

読書情報

スマートフォンとタブレット
AndroidiPad / iPhone 用の Google Play ブックス アプリをインストールしてください。このアプリがアカウントと自動的に同期するため、どこでもオンラインやオフラインで読むことができます。
ノートパソコンとデスクトップ パソコン
Google Play で購入したオーディブックは、パソコンのウェブブラウザで再生できます。
電子書籍リーダーなどのデバイス
Kobo 電子書籍リーダーなどの E Ink デバイスで読むには、ファイルをダウンロードしてデバイスに転送する必要があります。サポートされている電子書籍リーダーにファイルを転送する方法について詳しくは、ヘルプセンターをご覧ください。