Kesatria

· Penerbit-X
৫.০
৫ টা পৰ্যালোচনা
ইবুক
528
পৃষ্ঠা
মূল্যাংকন আৰু পৰ্যালোচনা সত্যাপন কৰা হোৱা নাই  অধিক জানক

এই ইবুকখনৰ বিষয়ে

 Nashan.

Kota legenda yang diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra, yang kini terancam dalam pertempuran menentang gerombolan reneger Sursis, pahlawan adi yang tidak mempunyai tandingan di medan perang. Keperwiraan tentera kota yang dipimpin oleh Mori, kesatria dari Armorikus, serta Shirgen, pembesar kanan Nashan, bakal bersinar dalam sejarah, menjadi babad kepahlawanan terulung.

Namun Sursis terlalu gagah, seperti tidak terkalahkan dalam pertempuran. Maka harapan terakhir Melyn dan seluruh Nashan terletak pada Spiara Bulwar, senjata sakti yang telah menumbangkan naga serta monstra.

Maka percaturan Merkia, magia adi dan wizra tertinggi seluruh Imagina, menjadi kunci kepada segala-galanya.

Bermula seratus tahun sebelum itu, dengan keikhlasan Shilrung, Aristokra pertama Nashan, yang telah mengubah landskap kekuasaan Kushan. Juga dengan kebangkitan Izîl, putera Nomad dari kabilah Tamarazigh, yang satu hari nanti akan bergelar kizar segala kizar. Sejarah mereka bakal menerbitkan legenda baharu, seorang pemuda dari kelana Armorikus yang selamanya terkenal dengan hanya satu gelaran...

Kesatria.

মূল্যাংকন আৰু পৰ্যালোচনাসমূহ

৫.০
৫ টা পৰ্যালোচনা

লিখকৰ বিষয়ে

 

Ahmad Patria

Ahmad Patria Abdullah, dilahirkan pada 26 Mei 1968 merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara, Dato’ Abdullah Hussain. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, dari tahun 1975 hingga tahun 1980. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, Pahang. Pada tahun 1988, beliau diterima masuk ke Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia dan menamatkan pengajian pada tahun 1992.

Beliau mula dikenali dengan siri novel fantasi Saga Artakusiad, di mana beliau disebut sebagai pelopor kepada sastera fantasi di negara ini. Novel pertama beliau, Permata Aurorius, buku pertama dalam siri fantasi Saga Artakusiad diterbitkan pada 1987 sewaktu beliau berumur 17 tahun. Lebih membanggakan, novel ini terpilih memenangi anugerah Book of the Year oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan pada tahun yang sama. Datoʼ Johan Jaafar dalam temu ramahnya dalam akhbar Berita Harian menyifatkanPermata Aurorius sebagai novel fantasi terbaik pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu.

এই ইবুকখনক মূল্যাংকন কৰক

আমাক আপোনাৰ মতামত জনাওক।

পঢ়াৰ নির্দেশাৱলী

স্মাৰ্টফ’ন আৰু টেবলেট
Android আৰু iPad/iPhoneৰ বাবে Google Play Books এপটো ইনষ্টল কৰক। ই স্বয়ংক্রিয়ভাৱে আপোনাৰ একাউণ্টৰ সৈতে ছিংক হয় আৰু আপুনি য'তে নাথাকক ত'তেই কোনো অডিঅ'বুক অনলাইন বা অফলাইনত শুনিবলৈ সুবিধা দিয়ে।
লেপটপ আৰু কম্পিউটাৰ
আপুনি কম্পিউটাৰৰ ৱেব ব্রাউজাৰ ব্যৱহাৰ কৰি Google Playত কিনা অডিঅ'বুকসমূহ শুনিব পাৰে।
ই-ৰীডাৰ আৰু অন্য ডিভাইচ
Kobo eReadersৰ দৰে ই-চিয়াঁহীৰ ডিভাইচসমূহত পঢ়িবলৈ, আপুনি এটা ফাইল ডাউনল’ড কৰি সেইটো আপোনাৰ ডিভাইচলৈ স্থানান্তৰণ কৰিব লাগিব। সমৰ্থিত ই-ৰিডাৰলৈ ফাইলটো কেনেকৈ স্থানান্তৰ কৰিব জানিবলৈ সহায় কেন্দ্ৰত থকা সবিশেষ নিৰ্দেশাৱলী চাওক।