Masihkah Ada Rasa Itu?

The Chapter Bookstore
5,0
39 reviews
eBook
111
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn more

About this eBook

Erik Martin tidak menyangka Dhea Andara, tunangnya yang lari dari malam pernikahan dia orang... Muncul di depan matanya selepas lima tahun menghilangkan diri. Lagi tak sangka bila...

“Kaki dia kan...”

“Awat dengan kaki dia?”

“Kudung... Dua-dua belah.”

Tapi bagi Erik Martin, Dhea Andara tetap sempurna. Yalah, segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya dan sekurus-kurus ikan pun pasti ada dagingnya. Masalahnya, Dhea Andara... Masihkah dia ada rasa itu? Bagi Erik Martin, kalau terbakar boleh panggil Bomba tapi kalau masih ada rasa... Pertahankan!

“Setakat ini, saya pertahankan apa yang buat saya bahagia... Selebihnya saya tak peduli!”

Kerana yang mencipta tahu apa yang terbaik untuk ciptaan-Nya.

Ratings and reviews

5,0
39 reviews
Sha Mslvoe
04 October 2024
Kalau tak gelak baca karya Syamnuriezmil memang tak sah! Erik kena tinggal masa nak nikah, tup² jumpa balik dengan tunang lama. Teringatlah balik kisah² dengan Dara. Tapi Dara tu dah kudung kaki.. Erik kata dia patut susah senang bersama dengan Dara. Dara ni jual mahal sebab dia tahu kekurangannya. Bila Hawa selamatkan Erik, barulah depa tahu housemate Hawa si Dara. Mati² ingat Erik dengan Hawa. Yelah sebab Erik kan Adam, mentor si Hawa. Tak sangka pulak ada plot twist yang Hawa plan. Overall of courselah best. Takleh belah pasang khemah depan rumah Dara sebab takut pisang berbuah 2 kali 😅
Did you find this helpful?
Arlene Alin
04 October 2024
Penulisan acik ni memang tak pernah mengecewakan. Selalunya tak payah baca sinopsis, mmg dah konpem cerita best. Bila baca ni, nampaknya 'lawatan' acik ke balai bomba tu mmg capai misi sebab acik dpt tulis cerita ni sampai buat saya faham tugas bomba. Kisah eric dan dara ni sweet sangat. Elak elak akhirnya jodoh tu buat mereka bersatu juga. Siapalah kita nak melawan takdir Allah.. 💙 terbaik acik, saya suka cerita ni.. (semua cerita acik best)
Did you find this helpful?
Munchkin SH
04 October 2024
another great masterpiece! padat dgn informasi, jln cerita sangat best. terima kasih atas usaha kak syam utk hasilkan cerita yg mantap mcm ni. mcm biasa, bila baca bkarya kak syam, auto pandai ckp utara 😂 1st2 tu igtkan erik akan end up dgn hawa.. mau sedih suda sy, tp tulah. saya suka endingnya 💕 betul2 treasure hunt, sy cari guna title dan identifier no xjumpa, tp last2 jumpa juga 😭
Did you find this helpful?

About the author

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


Rate this eBook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Centre instructions to transfer the files to supported eReaders.