Jodoh Di Pagi Aidilfitri

The Chapter Bookstore
5.0
19 reviews
Ebook
99
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Setiap kali Aidilfitri menjelma, soalan bila nak kahwin dah jadi satu kemestian bagi mak tok. Lagilah, bila dua orang cucu terakhirnya... Masih mempunyai jawapan yang sama, jodoh belum bertemu!

Tapi, Aidilfitri kali ini... Melissa sudah bertemu jawapan. Dia sudah pun bertunang dengan Mirza. Terpaksalah Melinda berdepan dengan soalan mak tok, berseorangan. Kalau ada satu team, senang nak tepis. Kali ini sorang-sorang... Susah nak jawab!

Mulanya, Melinda ingatkan bertemu dengan Dr. Muzaffar sudah menyelesaikan masalahnya. Tetapi, rupanya Dr. Muzaffar sudah pun berkahwin. Tak mahu menganggu rumah tangga orang, terpaksalah Melinda memaksa sepupu tunang Melissa yang single dan available sebagai jodohnya di pagi Aidilfitri nanti. Ingatkan Melinda boleh melupakan Dr. Muzaffar yang telah berjaya mencuri hatinya, tetapi...

AKU - Nama awak remind me of someone...

MUZAFFAR - Siapa? Kekasih lama?

AKU - Tak. Doktor saya...

MUZAFFAR - Saya boleh jadi doktor awak... Kalau awak mahu. I’m flexible.

AKU - Dengan semua orang ke awak ni flexible?

MUZAFFAR – Taklah. Dengan awak aje...

Nama sepupu Mirza tu sama pula dengan Dr. Muzaffar. Macam mana nak divert hati kepada orang lain sedangkan Muzaffar dan Dr. Muzaffar seakan orang yang sama!

Adakah mereka sebenarnya memang orang yang sama?

Kalau sama, mahukah Melinda menjadi jodoh yang kedua?

MUZAFFAR - A boy speaks, a gentleman acts.


Ratings and reviews

5.0
19 reviews
Nadhirah Khalid
April 4, 2023
Macam roller coaster naaa! Serupa cerita detektif dah punya nak siasat sapa dia Muzaffar hahaha rasa macam nak skip ja pi belakang tapi kita kena sabaq tak boleh jadi lagu Melinda, kalut! Bro code lawan sis code jadi bro ngok ka hahaha
Did you find this helpful?
Nor Rashidah
July 23, 2023
best sgt ... rugi sape xbaca
Did you find this helpful?
Amyza Najwa Tumian
July 16, 2023
Simplr story but really amazing!
Did you find this helpful?

About the author

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.