Natrah Ermani

The Chapter Bookstore
5.0
3条评价
电子书
280
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

“NATRAH!!!”

Kalau tak kerana aku ada cita-cita... Aku tak akan bertahan selama tiga tahun bekerja dengan Datin Jasmine tu. Pitching suara dia sebatu boleh dengar, jenuh nak ligan. Tapi, berkat usaha aku belajar kelas malam selama tiga tahun tu, akhirnya aku dapat juga segulung ijazah.

“...Kak duk tengah cari kerja. Banyak dah resume kak hantaq... Mak doa-doakan eh.”

Doa mak memang betul tak ada hijab. Akhirnya, aku dapat kerja. Aku tak perlu lagi bersengkang mata menjahit manik dan hadap caci maki Datin Jasmine tu. Tapi Tuhan langsung tak ada kompromi dengan aku. Dia temukan aku dengan Johan Yalief pula.

“Sudah kahwin ke belum? Kalau belum... Saya nak masuk meminang. Saya ni bukan jenis yang main-main...”

Alief merupakan bakal CEO Gemilang Group, syarikat tempat aku bekerja. Aku kenal dia secara tak sengaja kat gerai burger Abang Man, sebelum aku tahu dia tu siapa. Aku ingatkan dia orang biasa-biasa. Mana nak tahu dia anak orang berada. Dan aku pula... Tak mahu berharap lebih. Sebolehnya aku nak elak tapi...

“Awak tu... Bakal CEO hati saya. Saya kena pantau awak 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Manalah tahu... Awak tersasar daripada hati saya.”

Kalau dah namanya jodoh, lagi nak elak... Lagi melekat.

“Saya tahu, awak akan menolak saya kalau awak tahu siapa saya, siapa keluarga saya tapi, Natrah... Benda tu semua tak penting. Yang penting sekarang ni, saya... Awak... Dan perasaan kita. Saya tahu awak juga ada rasa seperti apa yang saya rasa.”

Masalahnya... Betul ke jodoh bila Alief tu anak Datin Jasmine atau... Aku yang bodoh kalau aku anggap dia jodoh aku?

Ah, Natrah Ermani... Hidup ini cuma ada dua pilihan, do something or do nothing! Kau yang mana satu?


评分和评价

5.0
3条评价

作者简介

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。