Seratus Pulau di Muara

· Penerbit USM
E-boek
253
Bladsye
Graderings en resensies word nie geverifieer nie. Kom meer te wete

Meer oor hierdie e-boek

Buku puisi terbaru muhammad haji salleh membawa pengalaman yang berbagai-bagai – daripada memerhati mbak gudeq di jogja, kepada merenung nikmat senyap seorang penjual buku di manila; daripada anak-anak yang riuh bermain bola di fez, hinggalah kepada seorang peladang dan sawahnya. kehidupan mengalir di samping dan di dalam diri penyair. tindak balas terhadapnyalah yang dikutip, dipilih, dicatat dan akhirnya dicantumkan menjadi sajak.


penyair sering memilih perasaan manusia yang disisih, terbuang, dibenci dan difitnah. beliau merenung peta takdir dan bekas air mata di pipi mereka. tetapi ada pula sesekali mereka disayangi dan dihargai. muhammad haji salleh menemui atau membaca wajah mereka di selatan thailand, myanmar, china, india serta palestin. inilah segugusan perasaan yang sangat menyayat hati atau membahagiakan. muhammad haji salleh sudah lama dikenali sebagai penyair-pengembara, dan sudah sampai di kampung atau kota lebih 70 buah negara dan menikmati manusia serta budayanya.


oleh yang demikian, beliau pernah tergoda oleh machu picchu, dan telah menulis sajak panjang dalam ‘4 unsur di peru’, sebuah buku khusus tentang jepun (sewaktu beliau tinggal di kyoto), dan sebuah buku tentang benua amerika utara dan selatan. sebuah buku lagi yang menyanjung alam sepanjang tahun, sewaktu mengajar di universiti sains malaysia.


inilah tingkap berwarna-warni dalam jiwa penyair. di dalamnya ada manusia yang berlainan wataknya, budaya yang berbeza, bahasa yang berbagai-bagai, dan tidak lupa warisan kearifan yang terdapat dalam bahasa-bahasa mereka yang tua atau muda.

Gradeer hierdie e-boek

Sê vir ons wat jy dink.

Lees inligting

Slimfone en tablette
Installeer die Google Play Boeke-app vir Android en iPad/iPhone. Dit sinkroniseer outomaties met jou rekening en maak dit vir jou moontlik om aanlyn of vanlyn te lees waar jy ook al is.
Skootrekenaars en rekenaars
Jy kan jou rekenaar se webblaaier gebruik om na oudioboeke wat jy op Google Play gekoop het, te luister.
E-lesers en ander toestelle
Om op e-inktoestelle soos Kobo-e-lesers te lees, moet jy ’n lêer aflaai en dit na jou toestel toe oordra. Volg die gedetailleerde hulpsentrumaanwysings om die lêers na ondersteunde e-lesers toe oor te dra.