Ingatkan Agung datang untuk menetapkan tarikh pernikahan.
Rupa-rupanya, dia nak...
“Abang nak putuihkan pertunangan kita.”
“Pasai apa?”
“Abang tak bersedia.”
Tapi, selepas enam bulan putus... Agung datang nak sambung kasih!
“Dulu pun serius, la ni pun serius. Serius tengkorak abang la! Tak dak pasai la Kasih nak sambung balik, bang!...”
Tak guna nak pujuk Kasih, kemarau dia berpanjangan...
Sehinggalah Kasih terperangkap dalam kata-katanya sendiri.
“... Awat Kasih pi setuju bila mak suruh menikah hujung tahun ni. Haih... Mak tu ada sakit jantung! Takkan nak kata tak jadi. Kasih ni... Haru betuilah! Orang suruh lain, dia buat lain!”
Kerana bahagia itu juga satu pilihan. Hmmm... Sesekali nak juga tengok pelangi!
Perlukah Kasih teruskan kemarau... Atau minta Tuhan turunkan hujan?
SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban.