Teman gadis itu mula sedar cinta Eirani Illiyana pada Haziq Iqmal bukan sesuatu perasaan main-main. Mereka nekad untuk mengubah Eirani Illiyana menjadi seorang princess yang dapat menawan hati lelaki kaya itu. Pelbagai cerita direka kerana diri sendiri yang tidak cukup sempurna. Melissa yang mempunyai sejarah hitam, menjadikan Haziq Iqmal sebagai sasaran untuk menutupi dosanya. Dia mencipta sesuatu yang lebih kejam demi membuang ketakutan sendiri. Bila segala kebenaran akhirnya jelas.. Harus ada yang terluka, harus ada yang patut menerima balasan, harus ada yang bersama..
Perlukah semuanya diubah atas nama cinta? Sedangkan cinta begitu tulus dan suci, cinta tidak pernah meminta-minta dan memaksa. Perlukah berubah menjadi orang lain hanya kerana cinta? Sedangkan cinta itu buta, tidak tahu memilih dan meneka siapakah putera yang membuatkan jantung berhenti berdegup, bibir menguntum senyum. Mengapa harus berubah, tiada cintakah jika semuanya terletak di tempat asal? Mengapa tidak biarkan saja rasa itu belayar, lalu berhenti di perhentiannya. Iaitu di perkampungan cinta abadi, di tasik kesetiaan, di lurah kepercayaan..Siapa tahu anda akan menemuinya di sini..Hanya di..‘Teman Lelaki Tepat Saya!!’..
AUTHOR BIO :
MIYA RYUIKI / OHMIYA
26 YEARS OLD (2014) during this book released.
Boutique & books cafe shareholder, Scriptwriter, Traveller, Publisher, Author, cryptocurrency addicted.
currently living in South korea from 2016.
facebook : ohmiya88