Pantun dari Tujuh Tanjung (Penerbit USM)

· Penerbit USM
Ebook
97
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

 Muhammad Haji Salleh ialah seorang penyair yang pelbagai dan lama pengalamannya. 
Beliau telah menerbitkan lebih 10 buah kumpulan puisi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kumpulan terkininya dalam bahasa Melayu ialah Kuntum Biru Kembang Lestari (Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2013) dan dalam bahasa Inggeris Purple Desire of the Islands (Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2016). Sebagai pengkaji pantun, kegiatan beliau bermula lebih 30 tahun yang lalu; antara karyanya ialah Ghairah Dunia dalam Empat Baris: Sihir Pantun dan Estetikanya (Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2016) dan Pantun, the Poetry of Passion (Penerbit Universiti Malaya, 2017). Beliau juga ialah editor umum siri Pantun Nusantara terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia yang kini telah menghasilkan tujuh buah buku.

Buku Pantun dari Tujuh Tanjung ini ialah kumpulan pertama bait-bait karangannya dalam bentuk ini.

Yang membuat bait-bait ini unik ialah hakikat bahawa pantun-pantun ini ditulis di Jepun, Brunei, Indonesia, Britain, Amerika Syarikat dan juga Malaysia. Sudut pengalaman yang berlainan juga menganugerahkan citra dan makna yang baharu. Dalam cara begini pantun dijadikan wadah pengalaman antarabangsanya.

Muhammad Haji Salleh ialah Sasterawan Negara Malaysia dan Tokoh Akademik Negara.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.